OLEH : Zaharudin Muhammad ( AHLI MAJLIS SYURA )
MASIH MENUNGGU RESPON KHALID SAMAD
Sudah masuk 2 hari saya post artikel saya tentang Khalid Samad. Bagi
saya, isu KD adalah satu bonjolan ais yang muncul di permukaan akibat
bongkah yang besar. Sebelum saya ajak YB Khalid Samad bincang isu KD,
saya nak ajak dia bincang isu bongkah terlebih dahulu.
Jadi saya masih tunggu respon YBKS tentang dakwaan saya bahawa beliau pernah terlibat dengan gerakan
untuk menjatuhkan pemimpin itu dan pemimpin ini bermula daripada
menjatuhkan Al-marhum Ustaz Hassan Syukri yang banyak berjasa kepada
Parti.
Saya hanya mahu mendengar penafian daripada YBKS.
Beliau mesti ingat bahawa di sana ada beberapa orang yang telah
berpaling tadah dari kegiatan tidak bermoral tersebut dan membencinya
selepas apa yg dilakukannya. Mungkin orang ini akan muncul sebagai saksi
apabila YBKS kata "tidak pernah".
Jika anda ingin mengelakkan
diri dari terkena getah rengas beracun, maka penyelesaiannya bukan
dicabut daun yang mengganggu anda, tetapi mesti dicari pangkalnya dan
ditebang.
KHALID SAMAD: BILA MAHU BERAKHIR?
Seawal pagi pula ada mesej saya tentang berita berkenaan aduan Wilayah
Persekutuan tentang Harakahdaily yang siarkan artikel YBKS. Baru sekejap
ada seorang sahabat bagi link blog YB Khalid Samad (YBKS) pula. Saya
dapati terdapat update terbaru tentang isu KD oleh YBKS. Masih belum
selesai ke isu KD ni? Saya masih hairan, kenapa YBKS terus menerus
membangkitkan isu KD sedangkan PKR tak
bising, PSM tak bising hatta Syamsul pun dah senyap tanpa menjawab
pelawaan saya turun ke grassroot? Tetapi kenapa YBKS masih
ungkit-ungkit? Saya rasa beliau masih belum mahu menurunkan debu-debu
kekeliruan. Sampai bila?
Saya sedang berfikir,kalau penangan
YBKS menyebabkan kekeliruan demi kekeliruan terus menerjah diminda awam
terhadap isu KD dan imej kepimpinan tertinggi parti, mungkin saya akan
terpaksa mempertahankannya dengan memberikan penjelasan semula.
Saya masih sedang berfikir dan membuat pertimbangan. Jika diizinkan
Allah, malam ni saya akan shoot satu artikel penjelasan balik dari akar
umbinya, bukan pucuknya. Kalau saya tidak nampak halangan selepas saya
beristikharah, saya akan shoot antara pukul 9-10 malam malam ini.
Semoga diizinkan oleh Allah swt.
- Zaharudin Muhammad.
ADAKAH KHALID SAMAD SEBAGAI KEMUNCULAN BONGKAH AIS: KECIL DI ATAS BESAR DI DALAM?
Syamsul Iskandar sudah senyap dan sampai hari ini tiada respond tentang
ajakan . Sehingga sekarang saya masih belum menerima jawapan sama ada
ia menyahut pelawaan saya untuk turun ke grassroot atau tidak. Saya
malas nak panjangkan, sekadar untuk memberikan hint kepada orang ramai
bahawa ‘tembakan iskandar’ terhadap kepimpinan
PAS adalah tidak berasas, hanya tunjuk hero, tetapi tidak bersedia
untuk turun ke padang sebenar. Insyaallah, itu tutup fail.
Saya cukup sedih apabila melihat perilaku YB Khalid Samad (TBKS) tentang
isu Kota Damansara. Pihak PKR dan termasuk juga PSM tidak berapa
kelihatan membangkitkan isu KD tetapi YBKS masih terus menerus
membangkitkan isu ini tanpa kelihatan noktahnya. Bukan setakat itu,
bahkan menggunakan lidah rasmi parti menyiarkan artikel tentang KD.
Perilaku yang tiada kelihatan noktah ini sepatutnya cukup dibincangkan
diperingkat AJK PAS Pusat. Bila YBKS kelihatan terus menghangatkannya,
saya terfikir adakah agenda lama KS masih berjalan aktif? Iaitu agenda
satu kumpulan ‘bawah tanah’ yang mencaturkan kepimpinan parti melalui
memburukkan imej orang-orang yang hendak dijatuhkan di dalam muktamar?
Atau dengan kata lain, kumpulan yang YBKS sendiri pernah terlibat
menjatuhkan Ustaz Hassan Syukri di dalam muktamar 2002? Mesyuarat demi
mesyuarat bagi mencapai tujuan itu?
Atau dengna kata lain,
adakah KS seumpama ais yang timbul dipermukaan laut, sekalipun nampak
kecil tetapi kewujudannya menunjukkan terdapat bongkah yang besar di
bawahnya. Tanpa bongkah itu, nescaya ais akan tercair oleh air laut.
Itulah ibaratnya.
Bongkah ini perlu saya timbulkan dahulu sebelum
saya menjawab isu KD. Apa yagn tersurat dan apa yang tersirat. Ibarat
kusutnya tali, tanpa mencari punca asal, maka sampai kiamat ia tidak
akan dapat dirungkaikan.
Orang yagn tidak menyelami dan tidak
mengenal bongkah, memang akan hairan bagaimana ais yang kecil seperti
YBKS boleh muncul dipermukaan laut menjadi hero. Sebagaimana ada
sesetengah pihak yang hairan bagaimana tulisan YBKS mengkritik
kepimpinan parti boleh tersiar di dalam Harakahdaily Memang itu pelik
bagi mereka yang hanya melihat ais, tapi tidak bagi mereka yang meyelami
lautan glasia.
Lama saya buat pertimbangan untuk respond
kepada tulisah KS kerana bimbang kesan negatif kepada parti dan
kepimpinan tertingginya. Tetapi apabila ternyata tindakan YBKS telah
memburukkan imej Presiden khususnya apabila menyokong tuduhan YB Syamsul
Iskandar, diparahkan lagi dengan penyiaran di Harakahdaily, di tambah
lagi dengan artikel hari ini. Maka Al-Quran ada mengajar “sesiapa yang
melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu
seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu” –
(Al-Baqarah: 194). Pertimbangan untuk menjawab balik demi membaik pulih
imej yang telah dirosakkan oleh YBKS wajar dibuat.
Sejak
kepimpinan ulama daripada awal 80an, kepimpinan parti tidak pernah
dilihat bergoyang melainkan selepas kewujudan mesyuarat-mesyuarat sulit
yang dilibati oleh YBKS pada awal 2000. Walau bagaimanapun, angina ini
perlahan justeru kebanyakan ahli mesyuarat YBKS tidak banyak berada di
dalam posisi penting parti melainkan hanya di pinggiran tanpa portfolio
utama.
Tetapi sejak akhir-akhirnya ini, ahli-ahli mesyuarat KS yang
dulunya berada dipinggiran sekarang sudah berada di posisi-posisi
penting. Hasilnya kelihatan sekarang setelah bekerja keras menjatuhkan
si fulan dan si fulan, dulunya ialah Al-Marhum Ustaz Hassan Syukri yang
merupakan benteng jati diri PAS, yang juga senior parti. Pelbagai saraf
dijalankan bagi menjatuhkan Al-Marhum, sehingga beliau digelar sebagai
‘kuda tua’ dan lain-lain gelaran yang disebarkan melalui saraf-saraf
mereka. Antara ahli mesyuarat tersebut ialah KS sendiri.
Kenapa dulunya mereka hanya di pinggiran, tetapi sekarang sudah
berkuasa? Poinnya jelas, iaitu mereka yang menghentam presiden sekarang
supaya menyerahkan kerusi kepada PKR ialah mereka-mereka yang sama yang
menjadi ahli mesyuarat yang telah terlibat menjatuhkan Al-Marhum ustaz
Hassan Syukri. Saya tidak bermaksud PKR yang rancang, tetapi mereka yang
membuat pakatan sulit ini. Siapa mereka? Tidak semestinya PKR, boleh
jadi UMNO, boleh jadi macam-macam. Yang penting perkara ini tidak patut
berlaku.
KENAPA SAYA ANGGAP IA BONGKAH AIS YANG BESAR?
Isu PAS dan PKR bukan hanya berlaku di 7 kerusi yang dianggap tempat
bertindan. Krisis kerusi sememangnya perkara biasa bukan sahaja berlaku
antara Pakatan Rakyat, tetapi ia juga di dalam UMNO. Bagi saya, isu
demand kerusi PRU adalah perkara biasa dalam parti politik. Saya juga
pernah dalam PRU 12 ditawarkan oleh Melayu UMNO untuk memberikan bantuan
kepada PAS kerana Melayu UMNO tidak berpuas hati dengan MIC yang
bertanding di kerusi majoriti Melayu Muslim.
Begitu juga di
dalam PRU13, isu kerusi bukan sahaja berlaku antara PKR dan PAS, tetapi
ia juga berlaku antara DAP dan PKR. Apa yang menarik, tiada Jawatankuasa
Pusat DAP marahkan kepimpinan tertinggi mereka tentang kerusi yang
direbuti dengan PKR seperti kerusi Gelang Patah dan lain-lain.
Apa yang pelik dan ajaib, ada sekitar 6 orang AJK PAS Pusat beriya-iya
membiarkan kerusi PAS diambil dengan selesa oleh PKR dengan
pengisytiharan di sana sini tanpa mendapat persetujuan lebih awal
daripada PAS. Bahkan lebih teruk daripada itu ialah apabila PKR mula
mengambil orang-orang PAS masuk PKR (keluar PAS) di beberapa kerusi,
terakhir ialah kerusi di Lumut.
Pencerobohan PKR terhadap
kerusi PAS dan ‘menculik’ orang PAS bukan satu perkara yang kecil.
Tetapi 6 orang AJK PAS Pusat mempertahankan tindakan PKR dan mengkritik
Presiden dengan kasar dan biadap akibat Presiden mempertahankan
kerusi-kerusi PAS daripada terus diambil dengan cara sedemikian. Antara
yang memperjuangkan PKR di dalam PAS ialah termasuk YBKS sendiri.
Sebab itu, bagi mereka yang menyelami dasar lautan, mereka akan tahu
adakah bongkah itu kecil atau besar? Sebab itu, bagi saya, episod KS
dengan sandiwara ciptaannya berkaitan isu KD yang sebenarnya sudah
selesai, adalah ketulan ais yang kecil dipermukaan lautan yang luas.
Apapun, ada yang melihat kemunculan ais yang kecil dipermukaan laut
adalah kecil, mereka terus berlayar dengan selesa tiada hati-hati seolah
tiada apa-apa bahaya disebaliknya. Ada pula yang menganggapnya besar
dan berhati-hati sehingga seolah-olah ingin berhenti daripada berlayar
akibat ketakutan. Tetapi orang yang menyelaminya lebih memahami besar
dan kecil serta mengetahui selok belok yang selamat dalam melayari
bahtera.
Sebenarnya mereka tidak ramai, hanya bebarapa orang
sahaja, atau lebih tepat ada 6 orang di dalam AJK PAS Pusat, tetapi
mereka sedang memegang portfolio-portfolio penting yang akhirnya parti
dilihat lari dari landasan asal akibat penangan 6 individu ini.
Ini baru mukaddimah kecil. Kalau memadai, cukup dengan mukadimah ini,
tidak perlu diteruskan dengan pendedahan penyelewengan mereka terhadap
arahan pemimpin tertinggi parti, iaitu Majlis Syura Ulama.
Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya sebutkan "YBKS terlibat dengan gerakan pencaturan ini".
- Zaharudin Muhammad.
Post a Comment