DAP cadang Teresa Kok sebagai Pegawai Perhubungan Politik

Harakahdaily, 07 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mencadangkan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok sebagai Pegawai Perhubungan Politik kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan status dan syarat lantikan yang serupa dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu, perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat CEC, kelmarin.

Katanya, cadangan lantikan Teresa itu adalah bertujuan untuk memastikan keseimbangan dan bahawa DAP adalah rakan kongsi sekata dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

“Dalam hal ini, PAS juga patut mempunyai seorang Pegawai Perhubungan Politik,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, di sini hari ini.

Mengenai tiga wakil rakyat DAP Selangor dalam majlis pimpinan Pakatan Rakyat Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan isu rakyat dalam kerajaan negeri, jelasnya CEC DAP melantikTony Pua, Datuk Teng Chang Khim dan Gobind Singh untuk menganggotai majlis sepuluh orang itu yang dipengerusikan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.//

Share this article :
 

Post a Comment

Like Pages

 
Copyright © 2011. Buletin Darul Iman - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger