
Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, ini selaras dengan pendirian PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang telah menyatakan sokongan kepada himpunan itu.
“Pemuda berpandangan isu besar yang diangkat oleh himpunan ini ialah penipuan yang berlaku di dalam pilihanraya umum ketiga belas yang lepas.
“Ianya telah menyaksikan BN menang tipis ke atas Pakatan Rakyat. Antara isu yang besar ialah kegagalan pelaksanaan dakwat kekal yang diakui sendiri oleh Pengerusi SPR beberapa hari yang lepas,” ujarnya.
Katanya, Pemuda berpandangan kegagalan ini tidak boleh didiamkan sahaja.
Jelasnya, ianya perlu kepada tindakan susulan seperti siasatan bebas dan hasilnya diumumkan kepada rakyat seberapa segera.
“Begitu juga dengan pembelian undi besar-besaran di Pulau Pinang yang dipercayai melibatkan peruntukan berjuta ringgit yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin beberapa hari yang lepas.
“Persoalan demi persoalan terhadap ketelusan SPR mengendalikan pilihanraya ini ditambah lagi dengan penemuan kertas-kertas undi yang telah siap ditanda di Marang,” ujarnya.
Justeru, DPPNK tegas berpandangan bahawa Himpunan Black 505 perlu disokong di atas asas membantah penipuan di dalam pilihanraya umum.
Sehubungan itu masa yang sama, DPPNK turut mengarahkan seluruh pemuda di segenap lapisan di negeri ini untuk turun menyertai himpunan aman berkenaan.
Post a Comment