Pelampung Boya |

Dalam insiden pada 27 Mei lalu, Madaline Jayne, 25, dari Herefod terbunuh manakala rakannya Simons James Rogers, 22, dari Australia cedera parah terkena kipas sebuah bot pelancong di perairan Pulau Perhentian berhampiran Jeti Pulau Perhentian Besar.
Justeru, Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI), Dr. Azman Ibrahim(gambar) meminta pihak yang berkaitan memberikan penjelasan, sama ada pihak media yang menanyakan soalan salah kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Datuk Mohd Jidin Shafie atau exco itu tersalah cakap.
Dr. Azman berkata kemalangan yang menimpa pelancong itu dilaporkan berlaku di luar kawasan keselamatan Taman Laut Pulau Perhentian.
Oleh itu, beliau berkata, komen Mohd Jidin adalah tidak relevan dan implikasinya boleh memberikan pandangan negatif kepada sektor pelancongan negeri dan negara.

"Saya tak pasti sama ada pihak media yang salah tanya atau Datuk Mad Jidin yang salah cakap. Sebab kejadian yang berlaku di Pulau Perhenian itu sudah dijelaskan berlaku di luar kawasan keselamatan, bermakna di luar kawasan yang ditanda dengan pelampung 'boya'.
"Jadi tidak timbul soal sistem 'boya' tersebut tidak cukup selamat sebagaimana yang didakwa,” ujarnya ketika ditemui di jeti pelancongan Pulau Redang dekat sini petang semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta memberi komen tentang kenyataan Ahmad Jidin yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris versi 'atas talian' berhubung perkara tersebut.
Akhbar tersebut memetik Ahmad Jidin dilaporkan berkata bahawa sistem amaran 'boya' di Taman Laut tidak 'mencukupi' bagi menjamin keselamatan para pengunjungnya.
Azman yang juga Naib Yang Dipertua PAS Setiu berkata, sebagai pengguna khidmat Taman Laut tersebut, beliau tidak nampak sebarang masalah kepada sistem amaran itu.
"Saya juga turun menyelam di Taman laut Pulau Redang dan saya dapati orang ramai menjarakkan diri dengan pelampung 'boya' dan tak ada masalah dengan sistem amaran itu.
"Pengusaha sektor pelancongan memaklumkan waktu puncak cuti sekolah minggu lalu, lebih 3,000 orang berada dalam satu-satu masa di dalam kawasan keselamatan Taman Laut tanpa sebarang masalah," jelasnya.
Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan Adun Permaisuri itu supaya memberikan kenyataan yang lebih berkati-hati dan teliti.

Ini kerana katanya, setiap perkataan Ahmad Jidin selaku Exco kerajaan menjadi panduan kepada rakyat.
Post a Comment