
Setiausahanya, Dr Khairuddin Aman Razali (gambar) mengucapkan tahniah kepada Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said kerana dilantik semula menjadi Menteri Bear bagi penggal kedua.
"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Seri Ahmad Said atas pelantikan semula beliau sebagai Menteri Besar negeri Terengganu. Begitu juga ucapan tahniah kepada Yang Berhormat-Yang Berhormat yang terpilih dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu,
"Doa saya agar mereka semua menjadi Menteri Besar dan Exco untuk semua rakyat, kerana kita perlu pergi ke arah politik matang," ujarnya dipetik Buletin Online.
Beliau selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar dan Exco Kerajaan Terengganu yang telah diadakan di Istana Maziah, Kuala Terengganu, semalam.
Beliau menegaskan, berasaskan prinsip perlembagaan negara setiap rakyat berhak memilih parti yang mereka mahu dalam pilihan raya dan kerajaan yang memerintah adalah milik seluruh rakyat negeri Terengganu.
Maka, katanya, mudah-mudahan mereka menjadi pemimpin yang adil sebagaimana seperti kata Nabi SAW yang bermaksud 'antara yang diberi naungan di padang Mahsyar nanti adalah seorang pemerintah yang adil'.
Post a Comment