Panas!! Kenapa bangunan milik kerajaan Malaysia boleh menjadi “Menara Umno"? Kenapa Tanah wakaf diwakafkan kepada wakil UMNO?
Runtuhnya antena Menara Umno Pulau Pinang adalah siri runtuhan yang melibatkan Umno sebelum ini.
Datuk Musa Sheikh Fadzir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno
Pulau Pinang, mengakui pejabat Umno hanya berada di tingkat enam dan
tujuh bangunan tersebut tetapi tak mengakui kenapa keseluruhan bangunan
tersebut menjadi Menara Umno.
Bangunan tersebut milik JKP Sdn Bhd dan penyelenggaraannya juga
berada di JKP Sdn Bhd. JKP Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 12 Julai 1995
dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).
Kenapa bangunan milik kerajaan Malaysia
boleh menjadi “Menara Umno”? Kenapa JKP Sdn Bhd begitu bermurah hati
menamakannya Menara Umno?
Persoalannya juga berapa banyak bangunan kerajaan Malaysia di seluruh negara menjadi ‘hak’ Umno BN?
Juga kenapa tanah wakaf tapak menara tersebut milik umat Islam Pulau Pinang bertukar tangan?


Terdapat 3 kubur lama di atas tanah tersebut. Dikatakan asalnya tapak
tersebut merupakan tanah wakaf dan mungkin 3 kubur lama di tanah
tersebut adalah kubur mereka yang mewakafkannya.
Tanah wakaf ini akhirnya diwakafkan kepada
wakil UMNO. Tanah wakaf ini akhirnya telah disita dan diletakkan di
bawah MAIPP pada tahun 1973 akibat kegagalan pihak bertanggungjawab
menjelaskan cukai tanah dan pintu yang berjumlah lebih kurang RM
14000.00.
Akhirnya, menara ini telah dibina pada tahun 1995 dan siap pada 1998 dengan ketinggian lebih kurang 93.6 m. Keistimewaannya pada bahagian atas menara ini mempunyai “sayap berdinding” yang boleh dilaraskan untuk mengawal pergerakkan angin. – Rujuk Relaxjom
Post a Comment