
Adun PAS yang pertama mengangkat sumpah ialah Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf Mempelam) diikuti Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Rhu Rendang), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Batu Buruk), Satiful Bahari Mamat (Paka), Alias Razak (Bukit Tunggal).
Diikuti pula Adun PKR Azan Ismail (Bandar), Adun PAS, Mohd Nor Hamzah (Bukit Payung), Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang), Ariffin Deraman (Alor Limbat), Hanafiah Mat (Cukai), Ridzuan Hashim (Teluk Pasu), Hishamuddin Abd Karim (Tepoh), Wan Hapandi Wan Nik (Sura), Hilmi Harun (Manir).
Terakhir mengangkat sumpah ialah Alias Harun (Rantau Abang).
Majlis bermula jam 9.30 pagi dengan bacaan panggilan notis panggilan mesyuarat .
Seterusnya majlis diteruskan dengan angkat sumpah Yang Dipertua Dewan iaitu Mohd Zubir Embong.
Seramai 32 Adun mengangkat sumpah hari ini.
Post a Comment