‘Tanpa Prejudis’, PAS Terengganu Perlu Bersedia Untuk Menjadi Sebuah Kerajaan

KUALA TERENGGANU – Walaupun politik UMNO Terengganu sedang berkecamuk, umpama telur dihujung tanduk dan retak menunggu pecah, namun tidak semudah itu untuk menumbang ‘rejim tua’ itu.
Anggota Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Terengganu Mohd Zabidi Yusof berkata, pengaruh Umno telah berakar umbi dan ‘berhantu; dalam jiwa orang Melayu.
“Sekalipun benteng kejumudan orang Melayu bahawa ‘UMNO parti keramat’ telah pun terhakis dan menipis tetapi masih ada Melayu Terengganu yang tidak bersedia untuk berubah.
mohd zabidi yusof2“Mereka tahu apa yg berlaku (tetapi) sekadar mengeluh dan berlalu begitu. Mereka sedar kos hidup bertambah (meningkat), mereka sedar anak-anak mereka sukar dapat peluang pekerjaan tetapi ianya belum cukup untuk mereka ucapkan ‘selamat tinggal kepada UMNO’,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ‘kegawatan’ politik negeri Terengganu masakini, yang disifatkan kelihatan tenang, namun ada ‘gelombang’ yang yang sedang berpusar, didasarnya.
Menurutnya, Umno sekarang bukan lagi mengutamakan pembelaan terhadap pelbagai isu yang sedang dihadapi oleh rakyat, tetapi isu ketamakan dan dendam kesumat politik antara pemimpin mereka lebih menjadi perhatian.
Beliau menambah, PAS tidak perlu gopoh dan gelojoh menghadapi situasi sekarang.
“PAS tidak perlu gopoh dan gelojoh dengan sandiwara murahan ini. ‘Art of war’ dalam ‘game’ ini memerlukan kesabaran.
“Tersilap langkah PAS boleh terkorban. PAS tidak perlu menjadi batu loncatan untuk menaikkan mana-mana tokoh dari kalangan Umno untuk menjadi penganti Menteri Besar (MB),”tegasnya.
Mad Said Tunjuk perlembagaanJusteru itu, PAS mesti senantiasa bersedia, dalam keadaan apa pun yang melanda Umno, untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini.
“Tanpa prejudis kepada nasib UMNO, PAS perlu bersedia untuk menjadi sebuah kerajaan yang menanti. Lebih berwibawa dan bergaya serta ‘handsome’….,”kata beliau.
Politik Terengganu kembali panas ekoran Usul ‘undi tidak percaya’ kepada MB, oleh ADUN Kijal Dato’ Ahmad Said, pada sidang DUN 8 Mac lalu.
Bertidak balas terhadap ‘serangan’ Ahmad Said, MB Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, telah membuat keputusan mengambil alih penyaluran peruntukan dana DUN Kijal.
“Kita hentikan untuk diuruskan oleh ADUN kawasan itu sahaja tetapi bajet untuk Kijal (DUN) masih berjalan macam biasa tapi diuruskan di bawah Pejabat Menteri Besar.
“Kita melihat bahawa apa tindakan yang ditunjukkan tidak mencerminkan kepada wakil rakyat kerajaan maka kerana itu saya sebagai pemimpin kerajaan sekarang, akan mengambil alih (dana),” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran di Hentian Bas MBKT di Kuala Terengganu, pada Ahad, 20 Mac.
rakyat Kijal Marah MBTindakan Razif telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat DUN Kijal.
Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Kijal, Hassan Ali menyifatkan keputusan MB, adalah satu kesilapan besar yang menimbulkan kemarahan rakyat.
Sehubungan itu, Ahmad Said akan mengadakan satu sidang media pada minggu hadapan, berhubung tindakan Ahmad Razif.
“Minggu depan saya akan buat satu sidang media mengenai perkara ini. Jadi, buat masa sekarang saya tidak mahu komen,” katanya dipetik sebuah laman berita.
Kedudukan Semasa Kerusi DUN Terengganu memihak kepada BN dengan kelebihan yang sangat tipis, 17 kerusi berbanding PAS memiliki 14 kerusi dan PKR satu.

Share this article :
 

Post a Comment

Like Pages

 
Copyright © 2011. Buletin Darul Iman - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger