Saya sendiri tidak pernah mendengar nama ini sehinggalah meletus kontroversi pembelian banglo di Jalan Pinhorn Georgetown melibatkan KM Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Phang merupakan tuan punya banglo yang telah bermurah hati menjual banglonya dengan harga RM2.8juta ke Guan Eng sedangkan menurut sesetengah pihak banglo berkenaan dinilaikan berharga RM4 juta ketika ia bertukar tangan ke Guan Eng.
Salahkah banglo bernilai RM4 juta dijual pada harga RM2.8 juta atas dasar "willing buyer willing seller" ataupun atas rela dan setuju kedua pihak. Alasan yang sama walaubagaimanapun memberi laluan ke bekas MB Selangor Khir Toyo untuk kini berihat dalam penjara.
Tak mengapalah Guan Eng sendiri sudah mohon SPRM segera selesaikan penyiasatan.
Soalnya siapakah wanita bernama Phang ini?
Ekoran kontroversi ini Phang telah keluarkan perakuan sumpah menafikan ada elemen rasuah membabitkan beliau dan Guan Eng dalam kontroversi jualan banglo ini.
Phang sekadar pemilik banglo dan kebetulan Guan Eng KM Pulau Pinang mahu beli banglonya......apa salah?
Salah tak salah serah pada SPRM.
Keratan akhbar NST di bawah melaporkan bahawa Phang bukan sekadar memegang watak "pemilik banglo" tetapi beliau juga sebenarnya terlibat dalam kerajaan negeri kerana namanya tersenarai dalam laman web Invest Penang iaitu sayap pelaburan milik kerajaan negeri.
Phang menurut laman berkenaan adalah pemegang saham sebuah syarikat pembekal buruh asing ke Pulau Pinang.
Ada pihak pula mengatakan syarikat Phang memonopoli bekalan buruh asing ke Pulau Pinang dan isteri Guan Eng terlibat bersama dalam usaha ini.
Rupanya Phang ini hebat orangnya.
Tapi rakyat Malaysia saya percaya lebih minat mahu tahu kebenaran dan jika ada salah-laku bersedia melihat siapa sahaja yang berkenaan disiasat dan dibawa ke pengadilan.
Ramai orang politik yang tewas dan merengkuk di penjara kerana salah-laku, dan sel penjara masih boleh memuatkan ramai lagi rasanya.
Lepas ini ramailah nanti kenal Miss Phang.
Post a Comment