SIAPA KENAL PHANG LI KHOON?



Saya sendiri tidak pernah mendengar nama ini sehinggalah meletus kontroversi pembelian banglo di Jalan Pinhorn Georgetown melibatkan KM Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Phang merupakan tuan punya banglo yang telah bermurah hati menjual banglonya dengan harga RM2.8juta ke Guan Eng sedangkan menurut sesetengah pihak banglo berkenaan dinilaikan berharga RM4 juta ketika ia bertukar tangan ke Guan Eng.

Salahkah banglo bernilai RM4 juta dijual pada harga RM2.8 juta atas dasar "willing buyer willing seller" ataupun atas rela dan setuju kedua pihak. Alasan yang sama walaubagaimanapun memberi laluan ke bekas MB Selangor Khir Toyo untuk kini berihat dalam penjara.

Tak mengapalah Guan Eng sendiri sudah mohon SPRM segera selesaikan penyiasatan.

Soalnya siapakah wanita bernama Phang ini?

Ekoran kontroversi ini Phang telah keluarkan perakuan sumpah menafikan ada elemen rasuah membabitkan beliau dan Guan Eng dalam kontroversi jualan banglo ini.

Phang sekadar pemilik banglo dan kebetulan Guan Eng KM Pulau Pinang mahu beli banglonya......apa salah?

Salah tak salah serah pada SPRM.

Keratan akhbar NST di bawah melaporkan bahawa Phang bukan sekadar memegang watak "pemilik banglo" tetapi beliau juga sebenarnya terlibat dalam kerajaan negeri kerana namanya tersenarai dalam laman web Invest Penang iaitu sayap pelaburan milik kerajaan negeri.

Phang menurut laman berkenaan adalah pemegang saham sebuah syarikat pembekal buruh asing ke Pulau Pinang.

Ada pihak pula mengatakan syarikat Phang memonopoli bekalan buruh asing ke Pulau Pinang dan isteri Guan Eng terlibat bersama dalam usaha ini.

Rupanya Phang ini hebat orangnya.

Tapi rakyat Malaysia saya percaya lebih minat mahu tahu kebenaran dan jika ada salah-laku bersedia melihat siapa sahaja yang berkenaan disiasat dan dibawa ke pengadilan.

Ramai orang politik yang tewas dan merengkuk di penjara kerana salah-laku, dan sel penjara masih boleh memuatkan ramai lagi rasanya.

Lepas ini ramailah nanti kenal Miss Phang.

 

‘Tanpa Prejudis’, PAS Terengganu Perlu Bersedia Untuk Menjadi Sebuah Kerajaan

KUALA TERENGGANU – Walaupun politik UMNO Terengganu sedang berkecamuk, umpama telur dihujung tanduk dan retak menunggu pecah, namun tidak semudah itu untuk menumbang ‘rejim tua’ itu.
Anggota Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Terengganu Mohd Zabidi Yusof berkata, pengaruh Umno telah berakar umbi dan ‘berhantu; dalam jiwa orang Melayu.
“Sekalipun benteng kejumudan orang Melayu bahawa ‘UMNO parti keramat’ telah pun terhakis dan menipis tetapi masih ada Melayu Terengganu yang tidak bersedia untuk berubah.
mohd zabidi yusof2“Mereka tahu apa yg berlaku (tetapi) sekadar mengeluh dan berlalu begitu. Mereka sedar kos hidup bertambah (meningkat), mereka sedar anak-anak mereka sukar dapat peluang pekerjaan tetapi ianya belum cukup untuk mereka ucapkan ‘selamat tinggal kepada UMNO’,”jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ‘kegawatan’ politik negeri Terengganu masakini, yang disifatkan kelihatan tenang, namun ada ‘gelombang’ yang yang sedang berpusar, didasarnya.
Menurutnya, Umno sekarang bukan lagi mengutamakan pembelaan terhadap pelbagai isu yang sedang dihadapi oleh rakyat, tetapi isu ketamakan dan dendam kesumat politik antara pemimpin mereka lebih menjadi perhatian.
Beliau menambah, PAS tidak perlu gopoh dan gelojoh menghadapi situasi sekarang.
“PAS tidak perlu gopoh dan gelojoh dengan sandiwara murahan ini. ‘Art of war’ dalam ‘game’ ini memerlukan kesabaran.
“Tersilap langkah PAS boleh terkorban. PAS tidak perlu menjadi batu loncatan untuk menaikkan mana-mana tokoh dari kalangan Umno untuk menjadi penganti Menteri Besar (MB),”tegasnya.
Mad Said Tunjuk perlembagaanJusteru itu, PAS mesti senantiasa bersedia, dalam keadaan apa pun yang melanda Umno, untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negeri ini.
“Tanpa prejudis kepada nasib UMNO, PAS perlu bersedia untuk menjadi sebuah kerajaan yang menanti. Lebih berwibawa dan bergaya serta ‘handsome’….,”kata beliau.
Politik Terengganu kembali panas ekoran Usul ‘undi tidak percaya’ kepada MB, oleh ADUN Kijal Dato’ Ahmad Said, pada sidang DUN 8 Mac lalu.
Bertidak balas terhadap ‘serangan’ Ahmad Said, MB Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, telah membuat keputusan mengambil alih penyaluran peruntukan dana DUN Kijal.
“Kita hentikan untuk diuruskan oleh ADUN kawasan itu sahaja tetapi bajet untuk Kijal (DUN) masih berjalan macam biasa tapi diuruskan di bawah Pejabat Menteri Besar.
“Kita melihat bahawa apa tindakan yang ditunjukkan tidak mencerminkan kepada wakil rakyat kerajaan maka kerana itu saya sebagai pemimpin kerajaan sekarang, akan mengambil alih (dana),” katanya kepada pemberita pada Majlis Kesyukuran di Hentian Bas MBKT di Kuala Terengganu, pada Ahad, 20 Mac.
rakyat Kijal Marah MBTindakan Razif telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat DUN Kijal.
Pengerusi Penyelaras Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) DUN Kijal, Hassan Ali menyifatkan keputusan MB, adalah satu kesilapan besar yang menimbulkan kemarahan rakyat.
Sehubungan itu, Ahmad Said akan mengadakan satu sidang media pada minggu hadapan, berhubung tindakan Ahmad Razif.
“Minggu depan saya akan buat satu sidang media mengenai perkara ini. Jadi, buat masa sekarang saya tidak mahu komen,” katanya dipetik sebuah laman berita.
Kedudukan Semasa Kerusi DUN Terengganu memihak kepada BN dengan kelebihan yang sangat tipis, 17 kerusi berbanding PAS memiliki 14 kerusi dan PKR satu.

 

Setelah 50 Tahun, Parti Rasis Ini Sedang Menuju Kehancuran!

BARU berlalu rupa-rupanya ulang tahun ke-50 parti rasis bernama DAP ini. Akan tetapi tidak ada apa-apa kebanggaan pun yang dapat dipamerkan kepada rakyat.

Parti ini tidaklah kebal tara mana pun. Potret gagah perkasa parti rasis ini sebenarnya hanyalah satu ilusi hambar yang terpancar melalui skrip picisan dan di sutradarakan oleh Machiavelli moden. Bukan kerana ia membawa satu ideologi yang praktikal dan merahmati semua makhluk, tetapi kerana pihak penentangnya tidak bijak dan lemah.
Juga kerana tidak ada satu alternatif lain yang bisa mengatasi dan mengungguli pasti rasis turun temurun ini.
Dan pekung busuknya semakin terburai sejak akhir-akhir ini.
Mereka tetap manusia biasa, yang tidak maksum daripada noda, dosa dan kejahatan alami yang senang menghinggapi mana-mana makhluk sekalipun – pembohongan, rasuah, penipuan, ketidaktelusan, oportunis, keserakahan hawa nafsu dan kemaruk kuasa.
Kadang-kadang sesuatu tragedi yang berlaku akan membawa penawar dan penunjuk jalan kepada sesuatu kebuntuan, sepertimana kebangkitan masyarakat Jepun pasca serangan nuklear Amerika Syarikat ke atas Hiroshima dan Nagasaki.
Kadang-kala juga sesuatu insiden atau berita besar akan mendedahkan hakikat sebenar yang selama ini terselindung atau sengaja dilindungi daripada mata kasar dan radar masyarakat umum.
Skandal “Banglo Tanpa Kolam Renang” adalah satu contoh terkini akan hakikat tersebut.
Satu bentuk penyelewengan begitu terang benderang yang hanya manusia tidak berakal sahaja akan menafikannya. Termasuklah di kalangan ini para askar upahan maya, pencacai, penyokong, pemakan dedak, rakan-rakan politik dan pihak-pihak yang berkepentingan.
Rakyat dan umat kini dihadiahkan dengan episod demi episod bibit perpecahan dan kehancuran parti rasis tersebut.
Hebat mana sekalipun mereka cuba menafikannya atau cuba mengalihkan isu atau cuba memerangkap fokus rakyat dengan siri-siri drama bodoh, rakyat dan umat akan semakin celik dan menolak mereka. Malah mereka ditolak oleh bangsa dan ahli-ahli mereka sendiri!
Inilah yang amat ditakuti oleh parti rasis bernama DAP ini – bila hilang sokongan pengundi-pengundi Cina dan strategi rasis pecah belah sudah tidak laku lagi!
Semua orang sudah mula sedar bahawa setiap kali parti rasis ini terlibat dalam mana-mana gabungan parti-parti politik, rakyat akan diperbodohkan dan diperdayakan.
DAP benar-benar telah hilang petunjuk dan pedoman.
Mereka sedang terkial-kial mencari butang panik untuk ditekan.
Apabila mereka berpecah dari dalam, maka inilah satu rahmat kepada seluruh alam!
Dan rakyat Malaysia serta umat Islam perlu bersatu bergabung tenaga untuk menamatkan riwayat parti rasis ini pada PRU nanti.
Mereka tidak boleh dibiarkan bernafas untuk 50 tahun lagi, walaupun di tepi banglo tanpa kolam renang!
Muhammad Luttfi Abdul Khalid

 

MINGGU DEPAN DUN TERENGGANU DIBUBAR?

Minggu hadapan ADUN Kijal, Ahmad Said akan membuat sidang akhbar untuk menjawab isu peruntukan ADUN Kijal dipindahkan ke pejabat MB. Tiga hari lepas, NST melaporkan peruntukan ADUN Kijal ditarikbalik.

 Sebenarnya ia bukan ditarikbalik tetapi dipindahkan ke pejabat MB kerana tindak tanduk ADUN Kijal tidak mencerminkan tindak tanduk ADUN BN lagi. Oleh itu ia bukan tidak wujud lagi bajet DUN Kijal sebaliknya pejabat MB akan mengagihkan terus peruntukan itu kepada kumpulan sasar. Keadaan yang tidak menentu ini menyebabkan politik Terengganu tidak stabil.

Oleh itu sidang akhbar bekas MB Terengganu itu minggu hadapan ditunggu-tunggu oleh rakyat Terengganu. Adakah Ahmad Said akan buat kejutan lagi? Menurut sumber, MB tidak ada pilihan lain terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) minggu hadapan.

 Jika Ahmad Said mengumumkan keluar dari Umno pada minggu hadapan, maka kedudukan 16-16 DUN Terengganu akan tergantung. Maka Ahmad Razif memerlukan mandat baharu daripada rakyat untuk memilih sama ada rakyat mahu mengekalkan BN atau memilih kerajaan baharu.



 Jika PRN diadakan, maka ia peluang terbaik bagi Ahmad Razif memilih 32 calon yang pro beliau. Sudah tentu calon-calon yang pro Ahmad Said akan digugurkan. Dapatkah BN mengekalkan kerusi jika wakil rakyat yang pro Ahmad Said digugurkan? Jika ahli ahli Umno berpegang teguh setia kepada Umno, maka menanglah BN. Jika mereka sabotaj calon BN, tidak mustahil PAS akan membentuk kerajaan baharu.

 

Like Pages

 
Copyright © 2011. Buletin Darul Iman - All Rights Reserved

Distributed By Free Blogger Templates | Lyrics | Songs.pk | Download Ringtones | HD Wallpapers For Mobile

Proudly powered by Blogger