PAS menyifatkan pelantikan Mursyidul Amnya Datuk Dr Haron Din sebagai ketua kluster di bawah Majlis Perundingan Islam persekutuan (MPI) adalah satu tanda hormat.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahkan menyangkal kenyataan oleh bekas pemimpin PAS Datuk Husam Musa yang mendakwa pelantikan itu adalah satu penghinaan.
“Ini bukan satu penghinaan tetapi berkenaan satu … satu penghormatan kepada pemimpin-pemimpin bijak dalam parti,”kata Tuan Ibrahim kepada media di ibu pejabat PAS semalam.
Tuan Ibrahim berkata, sudah ada ramai pemimpin PAS yang telah dilantik untuk berkhidmat kepada rakyat seperti dalam majlis-majlis fatwa, dan pelantikan Haron adalah hanya seumpamanya.
Pada hari Khamis, Haron bersama-sama dengan enam orang lain, termasuk timbalan menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, telah dilantik oleh Zahid Hamidi untuk memimpin kelompok berasingan dalam majlis itu.
Menurut laporan, MPI diketuai oleh ulama, ahli akademik, pemimpin korporat dan pemimpin dari kumpulan-kumpulan bebas, untuk membantu Putrajaya menubuhkan satu agenda nasional patuh Syariah.
Post a Comment