Hazayani Zakaria,20 Jun 2013
KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam.

Ketika
Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan
berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah
syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur.
"Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.
"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.
Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.
Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu.
Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi.
"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.
Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'
"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi.
Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang.
"Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi.
"Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad. //
KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam.

Ketika
Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan
berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah
syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur."Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon.
"Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah.
Ahmad menafikan projek tersebut mendapat bantahan ramai sebaliknya mendakwa 'pihak-pihak tertentu' mempengaruhi peniaga Pasar Payang supaya membantah projek tersebut.
Beliau tidak menjawab dakwaan Syed Azman berhubung pemberian projek kepada bukan anak tempatan itu.
Tidak berpuas hati, Syed Azman bangun memohon penjelasan sekali lagi.
"Saya tanya soalan yang spesifik iaitu kepada syarikat mana projek ini diberikan. Kalau saya gunakan bahasa 'jawapan bodoh' tak kena dengan dewan tapi jawapan memang jawapan bodoh," katanya.
Ahmad kemudiannya melenting dan berkata 'dah soalan bodoh, jawapan biar bodohlah. Mung (awak) mahu apa lagi?'"RM400 juta bukan kita beri projek ini kepada kontraktor tapi kepada pemaju yang majukan. PhD apa begini tak faham?" sanggahnya lagi.
Pertikaman lidah berlarutan beberapa minit dan turut disampuk beberapa wakil BN sehingga Mohd Zubir mengarahkan mereka diam dan bertenang.
"Kalau dikatakan panas dan sesak, kenapa tak diperbaiki pasar sedia ada? Kenapa perlu dibina pasar baru sekali dengan hotel dan apartmen?" soal Syed Azman lagi.
"Baik pulih tidak memberikan erti yang besar. Kerajaan bina pasar baru untuk memberikan yang terbaik kepada peniaga dan orang ramai," jawab Ahmad. //

Sementara
itu, Pengerusi Sekretariat Royalti Terengganu, Mohamad Fauzi Abu Samah
berkata, adalah satu penghinaan kepada Sultan Terenganu apabila
kedaulatannya tidak dipertahankan.
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyokong Himpunan Black 505 yang akan diadakan pada 22 Jun ini di Kuala Lumpur.
Adun
Bandar, Azan Ismail berkata, selepas beliau menang di Dun tersebut pada
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu, beberapa pemohon bantuan
kerajaan negeri dari Dun Bandar mula dinafikan hak mereka.
KUALA TERENGANU:Seramai 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu iaitu 14 dari PAS dan 1 dari PKR secara rasmi mengangkat sumpah jawatan bagi mesyuarat pertama penggal ke-13 di Dewan Wisma Darul Iman hari ini.
BUKIT GANTANG:
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, jika
mahu berurusan dengan bank pun mahu Islamik, begitu juga berpolitik.

KUALA LUMPUR:
Dewan Ulamak PAS Pusat berharap Menteri Besar dan para Exco Kerajaan
Negeri Terengganu yang baru dilantik menjadi pemimpin kepada semua
rakyat di negeri ini, tanpa mengira parti sama ada Barisan Nasional atau
pun PAS dan Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, speaker baru Dewan Rakyat perlu mendapat kepercayaan dan dihormati oleh semua Ahli Parlimen, selain mampu menangani kedua-dua pakatan pemerintah dan pembangkang secara saksama dan tidak berpihak.
Katanya,
nasib baik kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian runtuh
tersebut kerana ada dua orang ahli jamaah masjid yang keluar dari masjid
beberapa ketika sebelum ia runtuh.
Kenyataan
Datuk Seri Ahmad Said setelah sahaja selesai majlis angkat sumpah
sebagai Menteri Besar mungkin mengejutkan banyak pihak. Ia nampak angkuh
dan meroyan tak sedarkan diri. Tetapi ia mungkin sesuatu perkara yang
biasa bagi rakyat Terengganu sentiasa mengikuti perkembangan serta
kenyataan MB Terengganu tersebut.


KUALA LUMPUR: Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi, ujar Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.




